Album Terkini

Rabu, 20 Oktober 2010

KONVO SIRI 2 - AYAH DAN BONDA KU YANG TERPELAJAR !!

Inilah wajah PU3 nan ayu dengan fesyen `kembang setaman'. Khas meraikan ayah dan bonda yang di`diploma'kan...eheheheee...

Foto Kak Yong dan Kak Cik anak kepada Mak Long kat Bahau. Cantik tak? Mestilah cantik, sebab tu lah berjangkit kat PU3...


Setelah penat berusaha siang dan malam tak tidor....asyik berjagaaaaa je....maka, akhirnya bonda selamat di `diploma'kan.....huhuhuhu....

Ayahanda pula, walaupun sibuk dengan aktiviti sehariannya, namun dalam diam-diam rupanya ayahanda belajar walaupun dalam keadaan berbaring, hasilnya di `diploma'kan jua...ermmmm...

Siapa kata tidak gembira apabila belajar siang malam, mendapat hasil? Bonda punyalah tersengih suka dapat `diploma', walaupun PU3 dah tarik tangan bonda...."Cukuplah makkk...berlakon tuhhhh..." Namun, bonda tetap megah berdiri dengan jubahnya...huhhhh!!

Ayahanda dalam keadaan tenang dengan jubah dan songkok tinggi menandakan `tingginya' ilmu ayahanda....muehehehe.....

1 ulasan: