Kali ni PU3 nak cerita pasal sakit gigi. Sakit gigi ni memang ramai yang tak nak, termasuk mak dan abah. Kalau mak sakit gigi, jawabnya PU3 la yang jadi mangsa kena marah je. Kalau abah plak yang sakit gigi, semua selamat pasal abah ok je....dia dok diam2. Tapi, kalau PU3 sakit gigi, PU3 gak yang kena pasal bila sakit PU3 meragam la....jadi jawabnya kena la ngan mak. Biasalah mak tu....dia pun bukan tahan sangat sakit gigi... PU3 baru2 ni kena la plak sakit gigi. Sebenarnya lama dah PU3 selalu sakit gigi ni tapi mak abah buat tak kisah je. Dia kata biasa la nak tukar gigi palsu. Tapi, bila dah selalu sangat sakit, mak pun ajak abah bawa PU3 kununnya nak cabut je gigi yang selalu membawa masalah tu.
Pada 08 Jul 2010, mak dan abah pun bawa PU3 pergi ke sebuah klinik gigi swasta kat Taman Guru, Kuantan. Nama Klinik dia tak salah Klinik Dr Nazri. PU3 dengar je nak cabut gigi, kecut perut gak, tapi abah kata bukan nak cabut cuma Doktor tu nak warna-warnakan gigi PU3. Pu3 pun seronok sangat siap bagitau PU3 nak warna pink dan biru kat gigi.
Doktor pun suluh dalam gigi. Usik sana sini dalam mulut dengan natang macam sudu garpu tu. Doktor kata, gigi belah dalam baik. Cuma depan je rosak.
Tak jadi la nak cabut gigi. Nak warnakan gigi pun tak jadi gak. Setakat ni, Alhamdulillah, takde lagi rasa sakit gigi...minta-minta berkekalan lah sampai umur 5 tahun nanti mungkin boleh cabut mana-mana yang rosak tu. Itu je la....nanti banyak cakap, sakit gigi la plak...hehehe..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan