Album Terkini

Selasa, 20 Oktober 2009

ABAH BELI MAINAN BURUNG....

Baru2 ni abah Pu3 bercuti lebih kurang seminggu kat Kuantan jumpa mak dan Pu3. Pu3 pulak sakit gigi masa tu. Hilang rindu dapat bersama abah. Abah ada beli baju Pu3 dan mainan burung yang abah beli di Kelantan. Sepanjang cuti, abah bawa pergi jalan2 kat bandar Kuantan. Pu3 main-main kat Parkson tempat budak-budak main tu. Ermmm...sempat lagi mak beli baju Pu3 kat Kuantan Prade. Ingatkan org Ceras nak datang sini, tapi tak jadi la plak. Harap dapat datang lain kali ye. Orang Bangi bila la nak singgah Kuantan ye. Ahad baru ni, habislah cuti abah dan kini abah dah pun berada di Kelantan. Hilang rindu bila dengar suara abah yang sekarang ni bertugas petang pulak. Ok, jumpa lagi ye.

Khamis, 1 Oktober 2009

BERAYA BERSAMA ABAH DAN MAK




Syukur, Alhamdulillah, dapat juga abah bercuti beraya bersama Pu3 dan mak. Raya baru2 ni Pu3, abah dan mak balik kg. Raya pertama beraya di rumah wan di Kg mak. Pu3 seronok sangat sebab abah ada beli kasut dan baju raya di Kelantan. Hari raya ramai yang kasi duit raya kat Pu3. Terima kasihlah kepada saudara mara, sepupu, mak saudara, pak saudara dan semua yang kasi duit raya kat Pu3.