Album Terkini

Ahad, 16 Oktober 2011

REST HOUSE - PU3 BERAYA DI BENTONG



Pada 24 Sept 2011 baru-baru ni, Pu3 bersama mak dan abah pergi ke Bentong, Pahang kerana menghadiri Majlis Jamuan Raya kat sana.  Biasalah, jamuan tu anjuran parti abah kita lah.

Di sana, kami tidor kat Rest House Bentong selama 2 malam.  Rest House tu terletak atas bukit di pinggir Pekan Bentong.  Harga bilik kira ok lah, tapi makan minum kat Rest House tu mahal giler.  Bayangkan sekeping telor dadar untuk Pu3 je berharga RM 5.  Huhhhh....

Tapi tu la sekali makan situ.  Lepas tu kami makan di warung kat Pekan Bentong je...

Itu je lah cerita kali ni.  Nanti kalau ada yang baru Pu3 cerita lagi yer....








Isnin, 12 September 2011

PU3 BERAYA TAHUN INI DI KAMPONG....

PU3 menyambut Hari Raya Idul Fitri tahun ini seperti biasa di kampong, di Jelebu.  Dari Kuantan PU3 terus ke rumah Tok Mat di Spg Durian.  Sebelum Raya. keluarga Mak Cik sampai dan PU3 seronok la berjumpa dengan sepupu-sepupu dari Bangi tu.

Kemudian balik pula sepupu dari Ceras, lagi la bertambah ramai.  Seronok main bunga api dengan mereka semua.  Malam Raya tu, PU3 ikut mak balik rumah Wan kat Jerang, sebab di rumah Wan ramai sepupu PU3 belum sampai.  Jadi, mak kena tolong Wan kemas rumah.  Abah tak ikut, dia beraya rumah Tok Mat.

Hari Raya pertama, seperti biasa ikut mak ke masjid.  Lepas tu rumah atok dan saudara yang lain.  Penat, sebab banyak rumah pergi beraya.  Duit raya?  Ermmm...ada la juga dapat dari adik beradik abah dan mak.  Terima kasih banyak pada mereka semua.   Paling seronok Raya ni, PU3 dapat menggayakan baju raya iaitu Jubah dari Mekah yang Mak Cik hadiahkan semasa Mak Cik dan Pak Cik pergi Umarah baru-baru ni.

Mak dan abah juga ada belikan baju Raya untuk PU3.  Tahun ni, paling jauh berjalan Raya ialah di Kuala Klawang je.  Pergi beraya rumah saudara mara mak. 



Lebih kurang seminggu Pu3 di kampong.  Balik ke Kuantan, Pu3 bawa Wan sekali ke sini.  Ok la dulu ye..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari PU3......



Sabtu, 7 Mei 2011

PU3 SAMBUT HARI ULANGTAHUN KE 5

Selamat Hari Ulang Tahun Pu3....


Mohon doa minta keberkatan, semoga Allah memberkati Pu3 dunia dan Akhirat

Mak ajar macam mana nak potong kek...

Potong kek...

Bersama kawan-kawan Pu3..


Sedia untuk jamu selera..

Last sekali....balik rumah main ngan `stokin', nama kucing Pu3..hehee..

Pada 19 April 2011 yang lalu genap Pu3 berusia 5 tahun. Kali ini Pu3 menyambut ulangtahun kelahiran secara sederhana je sebab Pu3 dah besar. Pu3 hanya buat buat majlis sambutan di sekolah Pu3, iaitu sekolah Tadika Perpaduan Seri Mahkota Jaya tempat Pu3 tinggal sekarang.

Pu3 hanya memberi sedikit hadiah buat kawan-kawan Pu3 dan juga makan kek bersama. Mak dan abah juga datang meraikan bersama cikgu Pu3 dan ustazah.

Selasa, 19 April 2011

APA PU3 BUAT DI MELAKA ?

Mandi di Tg Bidara sama sepupu Pu3

Taman Buaya

Kolam mandi di Taman Buaya bersama sepupu dan Pak Su

Mak bergambar dengan sepupu dia...mak kata dia ni artis pernah berlakon drama..

Bersama mak dan abah di Taman Buaya..Belakang tu replika Bangunan Parlimen

Beca di bandar Melaka



Salam...

Maaf bebanyak ye pasal dah lama Pu3 tak menulis blog. Sibuk belajar waktu pagi sampai pukul 12 tengahari. Balik tu, makan tengahari pastu pekena susu sebotol, lelap pulak temankan mak...eheheee...

Lepas Isyak, Pu3 pergi mengaji...balik mengaji mak suruh tidor awal sebab nak sekolah esoknya. Jadi, gitu le rutin Pu3 sekarang.

Baru2 ni Pu3 berpeluang pergi Melaka menghadiri majlis kahwin adik beradik atok Jerang. Pu3 tidor di Melaka rumah adik mak. Kebetulan dah sampai Melaka tu, Pu3 berjalan la kat sana selama seminggu. Tak banyak tempat yang Pu3 pergi, kerana masa terhad sangat. Ada yang sempat Pu3 rakamkan di sini....jom tengok gambar Pu3 sewaktu di Melaka...

Sabtu, 12 Februari 2011

FOTO - PU3 MASUK SEKOLAH DAHH....

Pu3 dengan uniform sekolah...alamakk..pakai skirt la plakk...tapi, uniform ni tak siap tempah lagi..ni cuba je yg contoh punya..

Pu3 bersama kawan baik Pu3, KakNgah anak Cik Lin dalam kelas...baru lepas sembang2..ngumpat..ehehhh...

Suasana dalam kelas...

AWAL tahun 2011, maka bermulalah era persekolahan pra-tadika Pu3 walaupun baru berusia 5 tahun. Mak bercadang nak hantar Pu3 ke sekolah PASTI atau Tadika Islam, tetapi memandangkan Pu3 baru 5 tahun dan sekolah tersebut agak jauh dari rumah, abah suruh masuk Tadika KEMAS (Perpaduan) saja dulu.

Abah kata umur 5 tahun masa untuk Pu3 belajar berkawan dulu. Nanti masuk umur 6 tahun, baru abah nak masukkan ke sekolah PASTI. Buat masa ni, Pu3 ok je sekolah. Bangun pagi semangat. Mak siapkan sarapan pagi sebelum Pu3 pergi sekolah. Tadika tu tak jauh dari rumah Pu3, belakang rumah je. Mak hantar jalan kaki dan kadang-kadang naik motor. Kalau hujan, abah hantar dengan kereta.

Malam, Pu3 pergi mengaji pulak kat rumah mak cik kat sini. Best jugak dapat berkawan masa sekolah dan mengaji. Ok dulu...nanti sambung kisah lain yer..

Rabu, 5 Januari 2011

PU3 MERAIKAN PAK SU DAN MAK SU KAHWIN...





Salam Semua...

Dah lama Pu3 tak ber blog. Sibuk, maklumlah dah masuk hari ke 3 Pu3 sekolah tadika. Hari pertama, daftar terus masuk. Mak dan abah hantar, lepas tu mak dan abah balik, tinggal Pu3 dengan kawan2 kat sekolah. Tadika pun tak jauh dari rumah, lebih kurang 20 meter je kot.

Hari kedua, sudah biasa dah. Pergi mak je hantar. Seronok dapat berkawan dan bermain. Balik mak ambil lebih kurang pukul 12 tengahari. Sampai rumah je, terus minta `nenen'..(botol susu)..maklumlah nak lepaskan gian....

Walaupun dah terlewat, Pu3 nak kongsi gambar Pu3 semasa meraikan perkahwinan Pak Su ngan Mak Su Nurul kat kampong baru2 ni. Tengok jer la....

Ok la, nanti jumpa lagi yer....nak buat kerja sekolah jap...hehehe...