Album Terkini

Ahad, 13 Disember 2009

FOTO PU3 DI KELANTAN

Pu3 bersama kucing di hadapan rumah............
Pu3 bergaya dengan baju yang dibeli di Wakaf Che Yeh.....cantik tak?
Bertemu dengan geng2 Upin dan Ipin di KB Mall
Sempat bermain di KB Mall
Pu3 dan abah di tempat permainan di KB Mall
Pu3 dan wan di KB Mall tempat kereta terjatuh tu laaa.....
Inilah permainan yg Pu3 beli kat Wakaf Che Yeh
Sedapnya makan nasi goreng di Wakaf Che Yeh..
Apa pandang2 ?...
Pu3, mak dan wan makan di gerai Wakaf Che Yeh
Mak puas hati la tu kot dapat shopping kat Wakaf Che Yeh...

Sabtu, 5 Disember 2009

PU3 BERCUTI IKUT ABAH KE KELATE

Pada 01 Hb Dis 2009 baru-baru ni Pu3 dan mak juga wan ikut abah balik ke Kelantan. Mula bergerak dari Kuantan tenghari. Jauh juga perjalanan, hujan pulak dengan banjir kat jalan. Abah bawa kereta perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan. Ada beberapa jalan yang dah naik air.

Kereta abah dua kali tergendala. Kat Setiu, Terengganu tayar depan kereta abah pecah langgar lubang. Dalam hujan tu abah tukar tayar, nasib baik dekat dengan kedai makan. Lepas tu, sampai kat Bukit Abal, Kelantan sekali lagi tayar abah keluar angin pasal langgar lubang, rim bengkok sikit. Tayar spare dah tak ada, nasib baik ada kawan abah datang tolong tumpangkan kereta balik ke Kota Bharu. Kereta abah tinggal kat situ dulu. Sampai rumah yang diberi tumpang tu dah nak pukul 3 pagi. Esoknya, abah pergi ambil kereta dihantar oleh kawan abah seorang DJ juga.

Ok dulu, kalau ada gambar kat KB nanti, Pu3 masukkan dalam blog ni yer, Ok. Byeee...