Album Terkini

Sabtu, 5 Disember 2009

PU3 BERCUTI IKUT ABAH KE KELATE

Pada 01 Hb Dis 2009 baru-baru ni Pu3 dan mak juga wan ikut abah balik ke Kelantan. Mula bergerak dari Kuantan tenghari. Jauh juga perjalanan, hujan pulak dengan banjir kat jalan. Abah bawa kereta perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan. Ada beberapa jalan yang dah naik air.

Kereta abah dua kali tergendala. Kat Setiu, Terengganu tayar depan kereta abah pecah langgar lubang. Dalam hujan tu abah tukar tayar, nasib baik dekat dengan kedai makan. Lepas tu, sampai kat Bukit Abal, Kelantan sekali lagi tayar abah keluar angin pasal langgar lubang, rim bengkok sikit. Tayar spare dah tak ada, nasib baik ada kawan abah datang tolong tumpangkan kereta balik ke Kota Bharu. Kereta abah tinggal kat situ dulu. Sampai rumah yang diberi tumpang tu dah nak pukul 3 pagi. Esoknya, abah pergi ambil kereta dihantar oleh kawan abah seorang DJ juga.

Ok dulu, kalau ada gambar kat KB nanti, Pu3 masukkan dalam blog ni yer, Ok. Byeee...

2 ulasan:

  1. jgn lupe beli ole2 tuk kami ye...

    BalasPadam
  2. abah awak pu3 pandai ke bukak tayar ? setau pakcik, yang menurun kerajinan tokmatnye pakcik je.. abah awak menurun pondey je.. paklang tak yah citer laaa...sedih dah komen.

    BalasPadam