Album Terkini

Khamis, 26 Ogos 2010

PU3 SHOPPING BAJU RAYA


Mak sibuk mencuba pakaian untuk Pu3...

Mula2 PU3 nak ucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sepupu PU3, akak Afrina dan adik Afiq Hakim telah sembuh dari demam dan telah pun keluar dari hospital. Selamat pulang ke tanahair juga buat Pak Cik Bangi iaitu bapa akak Afrina dan adik Afiq yang baru pulang dari Argentina. Malas la PU3 nak tanya ada ke tak present untuk PU3...hehehe....lagi pun PU3 faham Pak Cik tergesa2 balik kerana anaknya demam kuat masa tu.

Baru2 ni abah dan mak bawa PU3 pergi shopping baju raya kat Kuantan. Mak kata kena beli awal takut dekat nak raya nanti orang tentu ramai membeli belah. Ada juga baju yang mak jahit sendiri dan ada juga yang beli. Bukanlah banyak pun abah beli baju raya sama seperti tahun2 lepas juga. Abah masih tak beli baju raya untuk dia. Mak dah ada kot, sebab selalu nampak mak menjahit.

Ok lah, setakat ni dulu cerita dari PU3. Lepas ni tak ada lagi nak pergi shopping maklumlah abah pun dah pencen. Kena berjimat, kata abah. Ok...jumpa lagi....

Ahad, 22 Ogos 2010

DOA PU3 DAN KELUARGA BUAT AKAK AFRINA DAN ABG AFIQ...

PU3 baru2 ni ada menerima berita kurang enak tentang sepupu PU3 di Bangi. Mak Cik cakap anak dia Afiq Hakim dan Kak Afrina kena demam yang terpaksa di kuarintin. Tentu Mak Cik sekarang sedang bersedih, tambahan pula Pak Cik suaminya kini berada di Argentina. Dengar ceritanya Isnin atau Selasa baru Pak Cik dapat flight balik.

PU3 dapat tahu juga, Tok Mah dan Tok Mat akan ke KL hari ini untuk menemani Mak Cik. InsyaAllah, jika sepupu2 PU3 masih ditahad di wad, PU3 akan datang Bangi nanti. Dari jauh, PU3, abah dan mak sentiasa doakan agar Akak Afrina dan Abg Afiq cepat semboh dan dapat beraya dengan PU3 nanti.

Buat Mak Cik tu, banyakkan bersabar ye. Di Bulan Ramadhan ni tentu ada hikmahnya bila Mak Cik mendapat dugaan dari Allah. Berdoalah kita sama2 agar kedua2 sepupu PU3 tu sihat walafiat. PU3, mak dan abah turut bersedih di atas apa yang menimpa Mak Cik. Namun, abah PU3 kata Mak Cik tu kuat semangat dan pastinya anak2 dia juga kuat semangat.

" YA ALLAH, AKU MEMOHON PADAMU DENGAN KUDRAT DAN IRODAHMU, KURNIAKAN LAH KESIHATAN YANG BAIK BUAT SEPUPUKU AKAK AFRINA DAN ABG AFIQ. KURNIAKAN LAH KETABAHAN BUAT AYAH DAN IBUNYA SERTA KELUARGANYA MENGHADAPI DUGAAN DARI MU" AMIN...YA RABBUL ALAMIN...."

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA - KALI PERTAMA PU3 BERTARAWIKH

PU3 bersiap nak pergi tarawikh sama mak...

SELAMAT BERPUASA Dari PU3 sekeluarga. PU3 tak puasa lagi tapi mak dan ajak PU3 pergi Sembahyang Tarawikh malam tadi. PU3 duduk tepi dinding sebelah mak pasal mak tak kasi PU3 main2 sama ramai kawan2 PU3 yang ada sembahyang sekali malam tadi.

Apa pun, PU3 harap sepupu2 PU3 semua berpuasa ye biarpun sekerat hari. PU3 cuba nak puasa minum susu jer dulu...hehehe....

Khamis, 5 Ogos 2010

Dengar, PU3 Nak Nyanyi Lagi....

Kali ni PU3 nak nyanyi lagi....dengar yer...

Selasa, 3 Ogos 2010

TERIMA KASIH CIK MARIAM SEKELUARGA.....

Terima kasih buat Mak Cik Mariam dan keluarga kerana sudi jemput PU3 sama mak dan abah pergi makan malam kat rumah dia malam tadi. Inilah di antara yang dihidangkan oleh Mak Cik Mariam.

Berbagai aneka makanan yang ada. Tempoyak pun ada. Best....sangat.

PU3 pun tak tahu nak sebut nama2 makanan yang ada. Banyak sangatlah. Tapi, memang best...abah makan banyak kali tambah. Mak, lagi la pulak. Cik Shima dan keluarga dia pun ada sekali. Ermmm...harap2 murah rezeki keluarga Cik Mariam, boleh jamu PU3 lagi. Mana tau, kot2 PU3 tidak lama kat sini....abah kata, nak pindah dah....ermmm..ntah lah.

Maaflah Cik Mariam, pasal tak minta izin siarkan gambat Cik Mariam kat blog Pu3. Bukan apa, nanti PU3 besar boleh juga tengok2 gambar Cik Mariam kan....

Ok lah....nanti cerita lain. Byee...

Isnin, 2 Ogos 2010

PU3 DI KUANTAN, BUAT APA YE?

Inilah kawan2 PU3 kat Kuantan yang selalu PU3 rindu bila berada jauh... Kawan2 Pu3 ni anak kepada Mak Cik Mariam namanya Nawfal anak sulung, Damia anak bongsu. Mereka ni semua lasak sama cam PU3 gak la.....kalau kami berjumpa, alamak... pening kepala mak kita orang dibuatnya....PU3 pun kalau pergi rumah dia, pening pula kepada mak Nawfal dan Damia tu...

Baru malam tadi, PU3 pergi rumah Mak Cik Mariam (sebenarnya dia muda lagi...). Kami dijemput makan buah yang Mak Cik Mariam bawa dari kampung dia kat Pekan.


Inilah di antara buah-buahan yang disediakan. Saja je nak tunjuk biar orang KL mengeliur tengok...ehehhhhh...

Ini gambar semasa kat rumah Mak Cik Mariam. Bersama Nawfal dan Damia...Haaa...tengok adik Damia tu...nampak jer `relaks' camtu....hebat tuhhh....Takut gak PU3 dengan dia....garang...ikut mak dia kot...

Hmmm...masa lapang kat rumah, PU3 kununnya buat kerja sekolah. Eeewaahh...berangan kunun. Banyak kerja sekolah nak buat nih...

Sampai tertidor buat kerja sekolah.....

Sebagai anak perempuan, PU3 mesti jaga kecantikan. Itu pesan mak lah. Tiap2 hari PU3 bersolek....Ni tengah bersolek tengok cermin...

Setakat tu dulu lah. Nanti cerita lain ok...Byeee....