Album Terkini

Rabu, 5 Januari 2011

PU3 MERAIKAN PAK SU DAN MAK SU KAHWIN...





Salam Semua...

Dah lama Pu3 tak ber blog. Sibuk, maklumlah dah masuk hari ke 3 Pu3 sekolah tadika. Hari pertama, daftar terus masuk. Mak dan abah hantar, lepas tu mak dan abah balik, tinggal Pu3 dengan kawan2 kat sekolah. Tadika pun tak jauh dari rumah, lebih kurang 20 meter je kot.

Hari kedua, sudah biasa dah. Pergi mak je hantar. Seronok dapat berkawan dan bermain. Balik mak ambil lebih kurang pukul 12 tengahari. Sampai rumah je, terus minta `nenen'..(botol susu)..maklumlah nak lepaskan gian....

Walaupun dah terlewat, Pu3 nak kongsi gambar Pu3 semasa meraikan perkahwinan Pak Su ngan Mak Su Nurul kat kampong baru2 ni. Tengok jer la....

Ok la, nanti jumpa lagi yer....nak buat kerja sekolah jap...hehehe...