Album Terkini

Khamis, 5 Mei 2016

BERCUTI DI TEMERLOH DAN MANDI DI WATER PARK KUBANG GAJAH, TEMERLOH

Sempena cuti Hari Pekerja 01 Mei 2016, Putri nak pergi bercuti ke Temerloh untuk mandi di Water Park Kubang Gajah, Temerloh.





Pada 30 April, bergerak ke Temerloh dan tidur di Hotel Jelai, Temerloh.  Esoknya, 01 Mei terus ke Water Park Kubang Gajah, Temerloh iaitu lebih kurang 10 minit dari Hotel.  Water Park Kubang Gajah, Temerloh memang menarik, terdapat banyak kolam mandi di situ dan tempat permainan.






Makanan dan minuman pun banyak dijual di samping ada kedai menjual kain baju.   Agak lama juga Putri mandi di sini.

Sepanjang cuti di Temerloh, Putri sempat juga ke Taman Tasik Temerloh dan makan di sana.  Sempat juga ke Taman Esplaned Temerloh di tepi Sungai Pahang dan dapat menaiki bot dengan tambang RM 5 seorang.  Best juga dapat merasa naik bot.  Mak je yang takut sangat tapi naik juga.  





Lain kali nak ajak sepupu2 semua bercuti kat sini....




Pada 02 Mei, kami balik semula ke Kuantan.