Album Terkini

Rabu, 28 Julai 2010

SEKITAR PU3 BERCUTI DI KAMPUNG.....

PU3 di kampong banyak makan durian. Abah pun gemar durian, mak pula kureng sikit. Tengok tu, banyak dah PU3 makan sama abah je...Cuba teka, tangan siapa nampak sikit tu??

Ini pula gambar Tok Cha (Tok Mat) masa majlis pertunangan kat jiran rumah Tok Cha.

Yang ini pula gambar PU3 kat rumah wan pula. Masa wan takde, PU3 masuk dalam kolam kat bilik air. Nak lepas gian mandi laut...huhuhu...


Kat rumah wan, ada beberapa pokok rambutan yang banyak buah. Ada pokok yang dah masak pun buahnya. Ini PU3 tengah angkut buah rambutan. Haaa...rambutan ni kegemaran mak, tau.



Semua pokok rambutan tu berada depan dan di belakang rumah wan je. Jadi, senang nak ambil. Rugi la sepupu2 PU3 kalau tak balik kampung. Nanti dah abis buah semua, baru tau...

Ini lah rupanya halaman depan rumah wan kat kampung. Berdepan dengan jalan je. Halaman luas, senang PU3 nak berlari dan melompat.


Sekian dulu yang sempat P3 post kan kali ini. Sebenarnya banyak lagi aktiviti PU3 kat kampung, cuma tak sempat nak bergambar je. Sekian dulu, jumpa lagi ye......

Selasa, 27 Julai 2010

NISFU SYAABAN - APA KATA TOK CHA ?

SOHIBUL HIKAYAT, Pertamanya, PU3 sedih tak dapat tengok sepupu2 Bangi yang katanya adik balik rumah Tok Mah. Masa dia orang sampai, PU3 dah balik ke rumah wan kat kampung. Dekat je, tapi tak dapat jumpa gak.

Sekarang Pu3 dah kat kampung wan. Malam tadi sambut Nisfu Syaaban. Gambar atas tu, Tok Cha (Tok Mat) sedang jamu selera dalam masjid selepas majlis sambutan tu. Tok Mat kata, Nisfu Syaaban ni amat penting dan beruntung jika kita sambut. Ibadatya mudah je, baca Surah Yaasin sebanyak 3 kali. Kali pertama, lepas baca kita berdoalah apa2 pun. Begitulah setiap kali sehingga selesai bacaan Surah Yaasin 3 kali.

Di antara doa2 yg baik kita pohon adalah seperti diminta panjangkan usia serta diberkati usia untuk membuat amalan2 yg baik. Kita boleh minta dimurahkan rezeki kita. Paling penting, mohon keampunan Allah dan ditetapkan iman. Dan ,minta doa apa jua yg kita hajati. InsyaAllah.
Foto jemaah Masjid Jerang (kampung wan Pu3) sedang menikmati juadah selepas Bacaan Yaasin Nisfu Syaaban.


Sekian dulu dari PU3. Jumpa lagi ye.

p/s = Untuk Mak Cik, best arrr hadiah Mak Cik kat umah Tok Cha tu...PU3 dah try dah..ehehhh..

Jumaat, 23 Julai 2010

KENDURI DAGING RUSA ? WOW !! BESTTTT...

Hari ini apa PU3 buat kat kampung ye? Ermmm....macam gambar kat atas tu, PU3 dengan member sorang tu leka main seekor tikus. Itu bukan tikus nak dipelihara, tetapi tikus tu nak dijadikan makanan Sang Rajuna Tapa (ular le tu...). Ular tu ada jiran sebelah ni pelihara. Nanti ada masa PU3 kirimkan gambar ular tu ok. Mak takut betul dengan natang berbelit-belit tu... Leka punya pasal tengok tikus, sampai Tok Cha pun keluar sekali tengok..

Inilah rupanya tikus yang PU3 asyik dok tengok tuh...

PU3 sempat bergambar dengan budak sekor ni....sape ntah namanya tak tau le...Tikus tu ada kat tengah2 tu nak bergambar gak...


Haaa...ini bukan daging tikus tau. Ini daging rusa. Esok jiran tok Mah ada kenduri pertunangan anak dia. Jadi, petang ni sibuk le dia orang melapah daging rusa. Bestt....bukan senang nak dapat makan daging rusa tau.. PU3 pun rasanya ini kali pertama nak rasa makan daging rusa...


Tengok tu...kaki rusa la tu...

Ini rusuk rusa lah...

Lihat mak PU3 dan Tok mah sibuk tolong siapkan bahan nak memasak. Dengar cerita malam ni ada sup tulang rusa. Wow !! Best....Rugi la sepupu2 PU3 tak balik kampung...

Ok dulu....nanti jumpa lagi ye.

Khamis, 22 Julai 2010

PU3 BERSAMA TOK CHA DI KAMPUNG....

Hari ini 22 Jul 2010, PU3 dah ada kat kampung Tok Cha dan Tok Mah. Malam tadi baru sampai dari rumah Mak Long Bahau. Sampai2 je rumah, ada pula rezeki...makan durian. Ada jiran Tok Mah yang kasi. Bestt...

Ingat tak cerita Labu Labi? Si Labi jadi Tarzan menaip surat kat Hj Bakhil, minta naik gaji....hehehe...gambar di atas tu bukan Si Labi tau...Itu gambar Tok Mat atau PU3 panggil `Tok Cha'. (abah pada abah PU3). Tok Cha pagi2 memang macam YB, ada je benda yang dia taip. Minta naik gaji elaun KAFA kot....

Ok lah, setakat ni dulu. Nanti ada cerita baru, PU3 cerita ok.

Selasa, 20 Julai 2010

PU3 BALIK KAMPUNG.....

Sudah lama PU3 tak balik kampung. Rindu kat tok dan wan kat kampong. 19 Jul 2010, PU3 balik kampong. Bertolak malam, sampai je Bahau terus pergi rumah Mak Long kat Taman Bahau. Tidor sana.

Ini di rumah Mak Long kat Bahau. Penat baru sampai, relaks sambil minum susu.

Ehhh.... Si Abg Ojan anak Mak Long pun sama macam letih sangat. Terbaring je.


Ini gambar PU3 dengan Abg Ojan (Fauzan) anak Mak Long, akak abah Pu3 yang tua.

Seperti biasa, Mak Long sibuk kat dapor masak.

Kalau takde apa2, esok PU3 balik la rumah tok dan Wan. Tak tahu la berapa lama pulak PU3 kat kampung nanti. Ok, setakat ni dulu ye.


Sabtu, 17 Julai 2010

PERKHELAHAN DI PANTAI SEPAT, KUANTAN

Inilah wajah Pantai Sepat, Kuantan salah satu pantai yang sering dikunjungi orang ramai. Lautan di sini amat cantik, cuma persekitaran pantai sahaja yang seperti tidak dijaga sepenuhnya. Namun demikian, pantai ini menjadi pilihan terutamanya bagi masyarakat tempatan kerana suasananya yang tidak padat dengan pengunjung luar. Sesuai bagi mereka yang ingin berkelah serta jauh dari gangguan orang ramai.

Pada 11 Jul 2010, PU3 sekeluarga bersama dengan keluarga Cik Ani dengan anak-anaknya Abg Miyoi dan Aiman, bersama keluarga Cik Shima dengan anak-anaknya Kak Misha dan adik Ilham pergi berkelah di Pantai Sepat, Kuantan.

PU3 bergambar bersama mak, Cik Ani, Abg Miyoi dan Abg Aiman.

Inilah juadah yang kami bawa bersama. Sesampai saja ke Pantai Sepat, kami makan puas-puas dulu, barulah kami pergi mandi.

Tekun PU3 bersama Kak Misha bermain pasir. Kat sini PU3 boleh main pasir puas-puas. Kalau kat rumah atau kat kampung kirim salam dapat main pasir.

Tak sah kalau mak tak bergambar walau ke mana pun kami pergi. Biasalah mak kan.....

Dapat juga PU3 belajar berenang bersama Kak Misha.

Abg Aiman sentiasa menjaga PU3 semasa mandi.

Seronoknya dapat mandi laut. Lain kali abah janji nak bawa lagi mandi kat laut. Nanti kalau PU3 pindah kat rumah PU3 di Port Dickson, puaslah mandi laut. Tapi, entah bila nak pindah tak tau lagi. Ok lah, setakat ni dulu perkembangan PU3 dan keluarga. Jumpa lagi dengan cerita lain pulak ye...Bye..

Rabu, 14 Julai 2010

CABUT GIGI ? SAKIT KE? TAK LAAHHH.....

Kali ni PU3 nak cerita pasal sakit gigi. Sakit gigi ni memang ramai yang tak nak, termasuk mak dan abah. Kalau mak sakit gigi, jawabnya PU3 la yang jadi mangsa kena marah je. Kalau abah plak yang sakit gigi, semua selamat pasal abah ok je....dia dok diam2. Tapi, kalau PU3 sakit gigi, PU3 gak yang kena pasal bila sakit PU3 meragam la....jadi jawabnya kena la ngan mak. Biasalah mak tu....dia pun bukan tahan sangat sakit gigi...

PU3 baru2 ni kena la plak sakit gigi. Sebenarnya lama dah PU3 selalu sakit gigi ni tapi mak abah buat tak kisah je. Dia kata biasa la nak tukar gigi palsu. Tapi, bila dah selalu sangat sakit, mak pun ajak abah bawa PU3 kununnya nak cabut je gigi yang selalu membawa masalah tu.

Pada 08 Jul 2010, mak dan abah pun bawa PU3 pergi ke sebuah klinik gigi swasta kat Taman Guru, Kuantan. Nama Klinik dia tak salah Klinik Dr Nazri. PU3 dengar je nak cabut gigi, kecut perut gak, tapi abah kata bukan nak cabut cuma Doktor tu nak warna-warnakan gigi PU3. Pu3 pun seronok sangat siap bagitau PU3 nak warna pink dan biru kat gigi.


Sampai je kat klinik tu, PU3 punyalah seronok. Maklumlah tak lama lagi gigi PU3 akan bertukar jadi pink. bestnya. Gambar atas tu, sebaik saja PU3 sampai dalam klinik. Sempat lagi posing tu suka punya pasal....

Masuk je dalam bilik Doktor, dia periksa gigi PU3. Doktor kata gigi PU3 tak boleh cabut selagi belum sampai 5 tahun. Pelik gak, abah kata Doktor cuma nak warnakan gigi PU3, tapi nape Doktor cakap gigi tak boleh cabut plak? Isskkk...kompiusss..... Tapi, nak buat camne, dah duduk atas tu...buka je la mulut....

Doktor pun suluh dalam gigi. Usik sana sini dalam mulut dengan natang macam sudu garpu tu. Doktor kata, gigi belah dalam baik. Cuma depan je rosak.

Tengok tu, Doktor bagitahu mak dan abah, gigi PU3 kena selalu gosok terutamanya selepas makan. Pu3 pasang telinga je dengar...memang gosok gigi ni satu benda yang paling PU3 tak suka. Bukan sedap pun gosok gigi ni. Lepas tu, Doktor suruh ambil ubat je iaitu ubat cegah kuman dan tahan sakit.

Tak jadi la nak cabut gigi. Nak warnakan gigi pun tak jadi gak. Setakat ni, Alhamdulillah, takde lagi rasa sakit gigi...minta-minta berkekalan lah sampai umur 5 tahun nanti mungkin boleh cabut mana-mana yang rosak tu. Itu je la....nanti banyak cakap, sakit gigi la plak...hehehe..

Jumaat, 9 Julai 2010

MURAHNYA REZEKI....ALHAMDULILLAH

Murah betul rezeki Pu3 bulan ni. Baru je itu hari PU3 dijemput ke Majlis Hari Ulang Tahun adik Ilham, selang beberapa hari lepas tu iaitu pada 06 Jul 2010 adik Danesh anak Cik Lin pula menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 2. Gambar di atas hadiah yang PU3 berikan pada adik Danesh.

Lihat tu, adik Danesh yang berkepala botak tu tak sabar-sabar nak potong kek.


FOTO LAMA (2010)

Gambar mak dan abah sewaktu berkelah kat Sg Pancing (Sg Pandan), Kuantan.

Ini foto pada 18 Mac 2010, sewaktu PU3 pergi ke Expo (Funfair) kat Taman Tas, Kuantan.


Foto pada 20 Mac 2010 sewaktu bermain kat Kompleks Kuantan Prade.

Sekadar itu dulu coretan PU3 kali ini. Ada cerita baru nanti PU3 ceritakan ok.

Sabtu, 3 Julai 2010

IBU DAN AYAH KU



Dengarkan.....

DIJEMPUT KE MAJLIS HUT ADIK ILHAM

Hari Jumaat 01 Jul 2010, anak Cik Shima yang bongsu adik Ilham menyambut Hari Ulang Tahunnya yang kedua. Keluarga PU3 dijemput datang pada majlis yang akan dibuat sebelah malam. Mak pun sibuk tolong gorengkan mee hoon untuk makan malam tu. Gambar atas tu, PU3 dengan hadiah untuk diberikan kepada adik Ilham. Apa hadiahnya yer? Rahsiaaa....

Inilah sebahagian daripada makanan yang disediakan malam tu. Ada juga beg kecil berisi makanan dan mainan untuk budak-budak.

Ini gambar adik Ilham disamping papa dia semasa upacara memotong kek..PU3 sempat gak menyibuk kat sebelah tu..


Tengok ni....PU3 pun ada kamera gak nak ambil gambar masa tu...

Lepas tu, kita orang pun makan ramai-ramai...besttt....

Tengok la muka abah PU3 tu....pandai plak buat muka kesian pasal tak dapat makan lagi...Tu gambar acik Mariam dengan hubby dia Pak Cik Fadzil dan anak dia Damia. Anak dia sorang lagi tu namanya Nawfal atau `Meme' tak tau merayap mana ntah....

Ok lah...ni jer sempat Pu3 cerita. Nak banyak cerita masuklah blog Mak Cik Fauriah tu...dia hari2 ada cerita...maklumlah baru belajar buat blog...gila blog la tu....ok...byeee!!