Album Terkini

Selasa, 19 April 2011

APA PU3 BUAT DI MELAKA ?

Mandi di Tg Bidara sama sepupu Pu3

Taman Buaya

Kolam mandi di Taman Buaya bersama sepupu dan Pak Su

Mak bergambar dengan sepupu dia...mak kata dia ni artis pernah berlakon drama..

Bersama mak dan abah di Taman Buaya..Belakang tu replika Bangunan Parlimen

Beca di bandar Melaka



Salam...

Maaf bebanyak ye pasal dah lama Pu3 tak menulis blog. Sibuk belajar waktu pagi sampai pukul 12 tengahari. Balik tu, makan tengahari pastu pekena susu sebotol, lelap pulak temankan mak...eheheee...

Lepas Isyak, Pu3 pergi mengaji...balik mengaji mak suruh tidor awal sebab nak sekolah esoknya. Jadi, gitu le rutin Pu3 sekarang.

Baru2 ni Pu3 berpeluang pergi Melaka menghadiri majlis kahwin adik beradik atok Jerang. Pu3 tidor di Melaka rumah adik mak. Kebetulan dah sampai Melaka tu, Pu3 berjalan la kat sana selama seminggu. Tak banyak tempat yang Pu3 pergi, kerana masa terhad sangat. Ada yang sempat Pu3 rakamkan di sini....jom tengok gambar Pu3 sewaktu di Melaka...