Album Terkini

Sabtu, 12 Februari 2011

FOTO - PU3 MASUK SEKOLAH DAHH....

Pu3 dengan uniform sekolah...alamakk..pakai skirt la plakk...tapi, uniform ni tak siap tempah lagi..ni cuba je yg contoh punya..

Pu3 bersama kawan baik Pu3, KakNgah anak Cik Lin dalam kelas...baru lepas sembang2..ngumpat..ehehhh...

Suasana dalam kelas...

AWAL tahun 2011, maka bermulalah era persekolahan pra-tadika Pu3 walaupun baru berusia 5 tahun. Mak bercadang nak hantar Pu3 ke sekolah PASTI atau Tadika Islam, tetapi memandangkan Pu3 baru 5 tahun dan sekolah tersebut agak jauh dari rumah, abah suruh masuk Tadika KEMAS (Perpaduan) saja dulu.

Abah kata umur 5 tahun masa untuk Pu3 belajar berkawan dulu. Nanti masuk umur 6 tahun, baru abah nak masukkan ke sekolah PASTI. Buat masa ni, Pu3 ok je sekolah. Bangun pagi semangat. Mak siapkan sarapan pagi sebelum Pu3 pergi sekolah. Tadika tu tak jauh dari rumah Pu3, belakang rumah je. Mak hantar jalan kaki dan kadang-kadang naik motor. Kalau hujan, abah hantar dengan kereta.

Malam, Pu3 pergi mengaji pulak kat rumah mak cik kat sini. Best jugak dapat berkawan masa sekolah dan mengaji. Ok dulu...nanti sambung kisah lain yer..
Terdapat ralat dalam alat ini