Album Terkini

Sabtu, 17 Julai 2010

PERKHELAHAN DI PANTAI SEPAT, KUANTAN

Inilah wajah Pantai Sepat, Kuantan salah satu pantai yang sering dikunjungi orang ramai. Lautan di sini amat cantik, cuma persekitaran pantai sahaja yang seperti tidak dijaga sepenuhnya. Namun demikian, pantai ini menjadi pilihan terutamanya bagi masyarakat tempatan kerana suasananya yang tidak padat dengan pengunjung luar. Sesuai bagi mereka yang ingin berkelah serta jauh dari gangguan orang ramai.

Pada 11 Jul 2010, PU3 sekeluarga bersama dengan keluarga Cik Ani dengan anak-anaknya Abg Miyoi dan Aiman, bersama keluarga Cik Shima dengan anak-anaknya Kak Misha dan adik Ilham pergi berkelah di Pantai Sepat, Kuantan.

PU3 bergambar bersama mak, Cik Ani, Abg Miyoi dan Abg Aiman.

Inilah juadah yang kami bawa bersama. Sesampai saja ke Pantai Sepat, kami makan puas-puas dulu, barulah kami pergi mandi.

Tekun PU3 bersama Kak Misha bermain pasir. Kat sini PU3 boleh main pasir puas-puas. Kalau kat rumah atau kat kampung kirim salam dapat main pasir.

Tak sah kalau mak tak bergambar walau ke mana pun kami pergi. Biasalah mak kan.....

Dapat juga PU3 belajar berenang bersama Kak Misha.

Abg Aiman sentiasa menjaga PU3 semasa mandi.

Seronoknya dapat mandi laut. Lain kali abah janji nak bawa lagi mandi kat laut. Nanti kalau PU3 pindah kat rumah PU3 di Port Dickson, puaslah mandi laut. Tapi, entah bila nak pindah tak tau lagi. Ok lah, setakat ni dulu perkembangan PU3 dan keluarga. Jumpa lagi dengan cerita lain pulak ye...Bye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan