Album Terkini

Ahad, 24 Oktober 2010

BERKUNJUNG KE i -CITY, BANDAR LAMPU WARNA WARNI

Pada 21 hb Okt 2010, abah ada urusan di KL. PU3 sekeluarga datang ke KL pada 20 hb dan menetap di rumah Pak Lang di Bandar Tun Razak, Ceras. Pada 22 hb kami serta keluarga Pak Lang pergi ke i-City, Kelang sebelah malam. Perjalanan ke sana tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 45 minit dari Ceras.

PU3 dan mak bergambar dengan keluarga Pak Lang. Pak Su (adik Mak Lang) yg berbaju kuning tu pun ada bersama...ehemm..ehemm..nya yg berbaju putih tu.

PU3 bersama Kak Mardhiah (anak Mak Lang yang sulung)




Bergambar di `rumah ais'

Di sini tempat menjual mainan lampu. Harga satu barang mainan puratanya RM 10.





Hutan lampu. Cantik sangat....




Haa..abah bergambar dengan Pak Lang, iaitu adik abah. Adik abah seorang lagi tu, Pak Cek Akbar beserta keluarganya tidak dapat ikut kerana Pak Cek tak sihat. Adik abah yang perempuan iaitu Mak Cek Fauriah di Bangi pun tidak dapat ikut juga kerana dikatakan bapa mertuanya ada datang ke KL.





Jika ada sesiapa yang bercadang untuk ke i-City, eloklah datang. Memang cantik sangat di sana. Kadar bayaran dikira RM 10 bagi sebuah kereta tidak kira berapa pun jumlah penumpang. Satu kupon diberi, dan boleh pilih untuk memasuki salah satu tempat iaitu `Rumah Ais' atau pun `Safari'.

Tempat untuk makan minum pun ada disediakan, tetapi tidak tahu lah mahal atau tidak. Kami makan selepas balik dari sana. Terima kasih kepada Pak Su (adik Mak Lang) yang bermurah hati belanja kami semua. Moga2 murah rezeki, dan cepatlah dapat jodoh....

Rabu, 20 Oktober 2010

KONVO SIRI 2 - AYAH DAN BONDA KU YANG TERPELAJAR !!

Inilah wajah PU3 nan ayu dengan fesyen `kembang setaman'. Khas meraikan ayah dan bonda yang di`diploma'kan...eheheheee...

Foto Kak Yong dan Kak Cik anak kepada Mak Long kat Bahau. Cantik tak? Mestilah cantik, sebab tu lah berjangkit kat PU3...


Setelah penat berusaha siang dan malam tak tidor....asyik berjagaaaaa je....maka, akhirnya bonda selamat di `diploma'kan.....huhuhuhu....

Ayahanda pula, walaupun sibuk dengan aktiviti sehariannya, namun dalam diam-diam rupanya ayahanda belajar walaupun dalam keadaan berbaring, hasilnya di `diploma'kan jua...ermmmm...

Siapa kata tidak gembira apabila belajar siang malam, mendapat hasil? Bonda punyalah tersengih suka dapat `diploma', walaupun PU3 dah tarik tangan bonda...."Cukuplah makkk...berlakon tuhhhh..." Namun, bonda tetap megah berdiri dengan jubahnya...huhhhh!!

Ayahanda dalam keadaan tenang dengan jubah dan songkok tinggi menandakan `tingginya' ilmu ayahanda....muehehehe.....

Isnin, 18 Oktober 2010

KONVO KIPSAS - USAHA TANGGA KEJAYAAN

Usaha tangga kejayaan. Begitulah yang telah dibuktikan oleh Kak Ngah Nor Atiqah apabila berjaya mengakhiri pengajiannya di Kipsas. Majlis konvokesyen ini telah diraikan di Dewan Jubli Perak, Kuantan pada 16 Okt 2010 yang turut serta adalah DYMM Sultan Pahang. Kak Ngah di depan sekali tersenyum riang pada majlis bersejarah tersebut.

Ayah dan ibu Kak Ngah (Pak Long dan Mak Long PU3) bergambar di tepi padang perbarisan.

Abah bersama PU3 dan juga Kak Ngah

Kami semua bergambar dengan Kak Ngah dan keluarganya. Mana Bang Teh? Oopss..dia tak dapat datang kerana bekerja. PU3 memegang sekuntum bunga untuk
dihadiahkan kepada Kak Ngah.

Kak Ngah bergambar bersama kakak dan adiknya (Kak Yong dan Kak Chik) dan
juga rakan Kak Ngah.

Sekian dulu cerita dari PU3. Lepas ini PU3 nak cerita satu lagi peristiwa berkenaan konvo jugak...tapi, tungguuuuuuuu.......

Terima kasih PU3 ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mak Long yang sudi menetap di rumah PU3 bermula Jumaat sehingga akhir majlis konvo tersebut. InsyaAllah, Pu3 harap dapat menyaksikan Kak Yong pula menerima ijazah nanti.

Jumaat, 8 Oktober 2010

SEDIH - SITUASI DI IJN....


Beginilah situasi ayahanda ketika berada di wad CCU.
Bonda setia menemani ayahanda siang dan malam.
Semua cucu hadir beri `sokongan' (hehehe...cam tgk bola plak)..beri semangat kat ayahanda di IJN. Pasal bebudak ni la kita orang selalu kena perambat keluar awal pasal membising jer...Sebenarnya, kita orang pun melampau sangat....selalu curi masa terlalu panjang masa melawat.

Alhamdulillah, ayahanda kini telah beransur pulih dan telah pun keluar dari wad. Sehari dua ini balik la kampung. PU3 pun rindu sangat nak balik Kuantan....Memang rindu..

Foto : Ikhsan dari adik ipar LUVZA. Thanks a lot.