Album Terkini

Isnin, 12 September 2011

PU3 BERAYA TAHUN INI DI KAMPONG....

PU3 menyambut Hari Raya Idul Fitri tahun ini seperti biasa di kampong, di Jelebu.  Dari Kuantan PU3 terus ke rumah Tok Mat di Spg Durian.  Sebelum Raya. keluarga Mak Cik sampai dan PU3 seronok la berjumpa dengan sepupu-sepupu dari Bangi tu.

Kemudian balik pula sepupu dari Ceras, lagi la bertambah ramai.  Seronok main bunga api dengan mereka semua.  Malam Raya tu, PU3 ikut mak balik rumah Wan kat Jerang, sebab di rumah Wan ramai sepupu PU3 belum sampai.  Jadi, mak kena tolong Wan kemas rumah.  Abah tak ikut, dia beraya rumah Tok Mat.

Hari Raya pertama, seperti biasa ikut mak ke masjid.  Lepas tu rumah atok dan saudara yang lain.  Penat, sebab banyak rumah pergi beraya.  Duit raya?  Ermmm...ada la juga dapat dari adik beradik abah dan mak.  Terima kasih banyak pada mereka semua.   Paling seronok Raya ni, PU3 dapat menggayakan baju raya iaitu Jubah dari Mekah yang Mak Cik hadiahkan semasa Mak Cik dan Pak Cik pergi Umarah baru-baru ni.

Mak dan abah juga ada belikan baju Raya untuk PU3.  Tahun ni, paling jauh berjalan Raya ialah di Kuala Klawang je.  Pergi beraya rumah saudara mara mak. 



Lebih kurang seminggu Pu3 di kampong.  Balik ke Kuantan, Pu3 bawa Wan sekali ke sini.  Ok la dulu ye..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari PU3......