Album Terkini

Selasa, 2 Februari 2010

ABAH TAMAT PRAKTIKAL, PUTRI KE KL

Saya dgn kereta baby di depan umah sepupu di Bandar Tun Razak, Cheras
Ni la tempat kami main2...nama tempat ni lupa la plak....tapi kat KL laa..

Best dapat makan kat taman tu....
Ni kat Dataran Merdeka sama sepupu
Asraf ngan Arshad bergambar ngan mak dia..masa ni kat tempat makan satay..
Ni plak gambar Haziq ngan mama dan abah dia....pun kat tempat makan satay..
Hehehe...abah teringat kawan2 kat Manis FM ke tu....Ni Putri juga mak kat makan satay gak..
Ni plak kat Taman Permaisuri....terer tak Putri?


Abah telah pun tamat bertugas/praktikal kat Kelantan pada 17 Jan 10. Setelah berada di Kuantan beberapa hari, pada 20hb Jan kami terus ke KL bagi urusan bersara abah kat MINDEF. Di KL kami tidor di rumah sepupu Putri iaitu kat Bandar Tun Razak. Putri seronok sangat dapat jumpa Asraf, Arsyad dan Kak Mardhiah. Rindu terubat juga dapat jumpa sepupu tunggal anak Pak Cik Akbar iaitu Haziq. Di KL, Putri ajak juga abah dan sepupu2 berjalan-jalan walaupun di KL cuaca waktu petang selalu hujan. Terima kasih buat sepupu2 ngan family kat Bandar Tun Razak yang belanja makan....termasuk gak makan satay...bestt...

Sebelum Putri ke lokasi lain, ewaaahh...jalan sakan semenjak abah bercuti panjang (pencen) ni...Putri jengok sepupu Putri yang kat Bangi tu anak Makcik Fauriah. Lepas rindu dengan Kak Afrina, Afiq Hakim, Arif dan Afif. Sepupu2 yg lain pun ikut ke Bangi. Meriahnya di Bangi. Woww...langkah kanan, Mak Cik dan Pak Cik belanja makan plak. Selepas kenyang, Putri balik semula ke Cheras Bandar Tun Razak. Lepas ni, abah kata nak pergi ke Melaka pulak sebab sepupu kat sana nak buat kenduri masuk rumah baru. Cerita kat Melaka nanti Putri cerita kemudian yer....Bye..sini dulu kengkawannnn.....