Album Terkini

Sabtu, 25 Mei 2013

PUTRI HADIR JAMUAN MERAIKAN KEMENANGAN WAKIL RAKYAT PKR DI KUANTAN

Pada 19 Mei 2013 (Ahad) baru-baru ini abah Putri bawa Putri dan mak ke majlis Jamuan Meraikan Petugas dan penyokong Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dari PKR yang telah menang bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 pada 05 Mei 2013 yang lalu.

Bergambar di sisi kereta YB Fuziah Salleh
Jamuan tersebut telah diadakan mulai jam 12.00 tengahari sehingga jam 03.00 petang bertempat di Pantai Taman Gelora, Kuantan.  Kami sampai ke sana lebih kurang jam 2.00 petang dan kelihatan begitu ramai telah berada di situ.  Semua yang hadir telah dijamu dengan makan nasi beserta beberapa jenis lauk yang enak-enak.

Bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh

Sempat bergambar bersama Ahli Parlimen Indera Mahkota, Kuantan yang juga Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi Abd Rahman dan Datin

Putri sempat bergambar dengan tokoh-tokoh politik yang mana abah terlibat di dalam membantu mereka berkempen sehingga kesemuanya telah menang.  

Mulanya Putri mahu mengambil kesempatan untuk mandi di laut Pantai Gelora, tetapi keadaan laut yang tidak mengizinkan maka terpaksalah dibatalkan.

Khamis, 23 Mei 2013

BALIK KAMPONG JE LAH !!

PUTRI nak berjalan mana cuti sekolah ni?  Balik kampong je lahhhh.....
Terdapat ralat dalam alat ini