Album Terkini

Isnin, 28 Jun 2010

PU3 DI JOM HEBOH KUANTAN HARI INI

Hari ini 27hb Jun 2010, PU3 dibawa oleh abah pergi Jon Heboh TV3 kat Padang MPK 2, Kuantan. Punyalah susah PU3 dan mak nak pujuk abah pergi, akhirnya kita orang pergi juga menumpang Cik Shima dan keluarganya. Gambar atas tu, PU3 dan mak sama dengan Cik Shima dan Cha (anak Cik Shima).
Pu3 bersama mak di Padang MPK 2, Kuantan.

Panas pun tak kisah, PU3 berjalan ke hulu ke hilir sama mak. Mak melilau mata tengok apa benda yang patut nak beli...

Tiba2 ternampak plak tempat promosi Ribena. Apa lagi, memang favorite PU3 tu....

Hahhh...sekali, bukan Ribena jer. Macam2 Pu3 beli...Munchys, patato dan ntah apa2 lagi laa...memang murah pun, RM 10 jer satu beg macam2 ada....

Ini bukan nak pergi sekolah..ini gambar PU3 dengan barang2 makanan PU3 beli....
Huhh...penat...nak berdiri pun senget dahhhh.....mata pun cam nak tidor jer...

Ini bola gergasi ntah apa ntah org sebut. Tapi kat TV 3 tadi ada la tunjuk orang main natang tu...

PU3 bersama Cik Shima, Pak Cik Nazri, Cha dan Ilham....

Abah dengan Pak Cik Nazri, PU3, Cha dan Ilham...

Penat punya pasal....takde selera nak bergambar dahhhh..

Kenangan PU3 bersama mak dan abah kat Jom Heboh

Itu jer perkembangan Pu3 setakat ni. Kalau ada yg terbaru nanti, PU3 ceritakan lah. Ok..Byee..

Rabu, 23 Jun 2010

PERTUNANGAN PAKSU PU3, ATOK MASUK HOSPITAL

Baru-baru ni PU3 balik kampung. Paksu melangsungkan pertunangan pada 05 Jun 2010, bertunang dengan Kak Nurul berasal di Kg Chenderung Balai, Teluk Intan, Perak. Jauh tuuu...kebetulan pulak Paksu bertunang dengan adik kepada Maksu Liza. (Foto atas: Paksu bergambar dengan anak-anak buah dia sebelum potong kek pertunangan)



Paksu potong kek pertunangan. Selamat Bertunang Paksu....semoga ditemukan jodoh pula nanti.
Kelihatan rombongan meminang baru je sampai kat rumah bakal tunang Paksu. Letih gila pasal jalan jauh. Tengok tu, mak Pu3 yang di tepi sebelah kiri tu gembira sangat adik bongsu dia nak bertunang.

Ini hantaran dari sebelah keluarga Paksu. Cantik tak?

Abah Pu3 bergambar dengan mak dan juga Pu3. Abah tu tersenyum je nak cover letih gila memandu. Perut pun lapar tak sabar tunggu makan.

Upacara pinang meminang pun berjalan. Wakil dari keluarga Paksu tu yang berbaju batik merah tu. Orang kuat adalah Pak Ngah berbaju biru. Atok pun ada kat tepi sekali sebelah kanan yang menupang dagu tu. Tak ada pulak acara berbalas pantun masa meminang...

Haaa...inilah wajah Kak Nurul (bakal Maksu Nurul) yang bertudung kuning cerah tu. Kiri sekali Mak Long dan kanan tu mak Pu3 la. PU3 tumpang bergambar juga sebelah sepupu Akil.

Inilah Kak Nurul. PU3 selalu sebut Maksu Liza....pasal muka sama jer. Harap lepas ni Kak Nurul buat tanda sikit biar Pu3 tak keliru yer....

Inilah Paksu adik bongsu mak. Hensem tak? Kalau tanya Kak Nurul, mesti la dia kata hensem. Tapi, kalau tanya abah PU3 dia cakap, "ensemm kununnn....muka macam burung kakak tua, ensemmmm...." (dialog cerita Labu Labi).Nak tengok, jangan tengok perut dia yer. Paksu kena diet la, nanti roboh pelamin...malu woooo....

PU3 MELAWAT ATOK DI HOSPITAL KL


Pada 15 Jun 2010, atok (ayah mak) pula kena buat operation mata kat Hospital KL. Mata atok tak nampak, jadi kena buat pembedahan buang selaput mata. Gambar atas tu, masa atok selesai pembedahan.

Atok dikunjungi oleh rakannya di Hospital KL.

Sepanjang melawat atok di HKL, PU3 tinggal di rumah Pak Lang (ayah Acap Kabol) di Ceras. PU3 pergi juga ke rumah Pak Ngah (abang mak) di Kajang. Lepas pembedahan selesai, atok dibawa ke PD rumah Mak Long (mak Mawi Shafiq). Wan pun ada sekali. PU3 pun terus ke PD lepas tu, duduk di sana dan balik ke Kuantan pada 22 Jun 2010.

Itu jer dulu. Ada lain cerita, PU3 ceritalah./

Khamis, 3 Jun 2010

PU3 SELAMAT SAMPAI KAMPUNG...

PU3 sekarang dah ada kat kampung. Bertolak lebih kurang pukul 9 mlm dari Kuantan. Berhenti makan kat Serting pulak. PU3 tak makan sebab PU3 tidak sihat sikit kerana batuk-batuk. Mak dengan abah je makan. Sampai kampung wan PU3 kat Jerang lebih kurang pukul 1.00 pagi. Ok..sampai sini dulu yer....nanti sambung la...

Rabu, 2 Jun 2010

STAIL BARU, HARIJADI PU3, HARI IBU DAN KFC


Awal mula PU3 nak berlagak sikit ye. PU3 sekarang ni dah ubah stail atau penampilan. Asyik2 mak je yang pergi saloon rambut, PU3 nak juga merasa. Lihat atas tu, stail rambut PU3 dari belakang. Cantik tak? Akak Nina ngan kak Mardhiah tak jeles ke..?

Satu je PU3 tak puas hati. Ada ke patut abah boleh tangguh sambutan Hari Ulang Tahun PU3 yang ke 4 tahun. Abah kata dia sibuk masa tu, jadi terpaksa tangguh dulu. Sebenarnya PU3 tahu masa tu abah tak ada duit nak buat pasal pencen tak masuk lagi. hehehe.....

Abah kata dia nak buat masa Majlis Kenduri Kesyukuran pertunangan Pak Su kat Jerang pada hari Jumaat 04 Jun 2010 malam Sabtu. Pak Su bertunang hari Sabtu 05 Jun 2010. Apa pun abah pandai pujuk PU3, dia dah siap2 belikan PU3 hadiah Hari Ulang Tahun PU3. Abah hadiahkan motor guna bateri. Tengoklah, PU3 bergaya sakan dengan motor tu. PU3 suka motor ni, PU3 cakap kat mak motor PU3 sama dengan motor Tok-Tok Cha (Tok Mat) la...

PU3 test power motor kat tempat parking kereta....besttt...

Ada macam motor Tok-Tok Cha tak?

Siapa kata PU3 tak ada adik? Ini adik PU3, nama dia BOBOI...

PU3 kat KFC sama abah dan mak....PU3 makan kulit jer...daging tak best sgt

PU3 pun sambut Hari Ibu kat rumah Mak Long, Bahau. Masa tu Kak Mardhiah, Acap Kabol dan adik Resad sama mak abah dia ada. PU3 sayang mak tau, walaupun mak tu garanggg sangatt....


Inilah kek Hari Ibu. PU3 sambut ramai-ramai kat rumah Mak Long di Bahau. Kek tu dia orang kongsi dengar ceritanya. Abah kata memang dia nak beli kek tu buat mak, tapi memandangkan kalau makan kek nanti berat badan mak naik, jadi abah tak jadi la belikan kek. Itu kata abah la...hehehe....alasan abah la tu kot.

Ok lah. Sebelum PU3 nak tido, PU3 jemputlah semua adik beradik abah dengan keluarga masing2 datang ke Majlis Kesyukuran Pertunangan Pak Su nanti beserta dengan Hari Ulang Tahun PU3 malam Sabtu nanti ye. Jangan tak datang ye....

Akhir sekali, Selamat Melangsungkan Pertunangan Buat Pak Su tersayang.....