Album Terkini

Ahad, 13 Disember 2009

FOTO PU3 DI KELANTAN

Pu3 bersama kucing di hadapan rumah............
Pu3 bergaya dengan baju yang dibeli di Wakaf Che Yeh.....cantik tak?
Bertemu dengan geng2 Upin dan Ipin di KB Mall
Sempat bermain di KB Mall
Pu3 dan abah di tempat permainan di KB Mall
Pu3 dan wan di KB Mall tempat kereta terjatuh tu laaa.....
Inilah permainan yg Pu3 beli kat Wakaf Che Yeh
Sedapnya makan nasi goreng di Wakaf Che Yeh..
Apa pandang2 ?...
Pu3, mak dan wan makan di gerai Wakaf Che Yeh
Mak puas hati la tu kot dapat shopping kat Wakaf Che Yeh...

Sabtu, 5 Disember 2009

PU3 BERCUTI IKUT ABAH KE KELATE

Pada 01 Hb Dis 2009 baru-baru ni Pu3 dan mak juga wan ikut abah balik ke Kelantan. Mula bergerak dari Kuantan tenghari. Jauh juga perjalanan, hujan pulak dengan banjir kat jalan. Abah bawa kereta perlahan sebab hujan lebat sepanjang perjalanan. Ada beberapa jalan yang dah naik air.

Kereta abah dua kali tergendala. Kat Setiu, Terengganu tayar depan kereta abah pecah langgar lubang. Dalam hujan tu abah tukar tayar, nasib baik dekat dengan kedai makan. Lepas tu, sampai kat Bukit Abal, Kelantan sekali lagi tayar abah keluar angin pasal langgar lubang, rim bengkok sikit. Tayar spare dah tak ada, nasib baik ada kawan abah datang tolong tumpangkan kereta balik ke Kota Bharu. Kereta abah tinggal kat situ dulu. Sampai rumah yang diberi tumpang tu dah nak pukul 3 pagi. Esoknya, abah pergi ambil kereta dihantar oleh kawan abah seorang DJ juga.

Ok dulu, kalau ada gambar kat KB nanti, Pu3 masukkan dalam blog ni yer, Ok. Byeee...

Selasa, 20 Oktober 2009

ABAH BELI MAINAN BURUNG....

Baru2 ni abah Pu3 bercuti lebih kurang seminggu kat Kuantan jumpa mak dan Pu3. Pu3 pulak sakit gigi masa tu. Hilang rindu dapat bersama abah. Abah ada beli baju Pu3 dan mainan burung yang abah beli di Kelantan. Sepanjang cuti, abah bawa pergi jalan2 kat bandar Kuantan. Pu3 main-main kat Parkson tempat budak-budak main tu. Ermmm...sempat lagi mak beli baju Pu3 kat Kuantan Prade. Ingatkan org Ceras nak datang sini, tapi tak jadi la plak. Harap dapat datang lain kali ye. Orang Bangi bila la nak singgah Kuantan ye. Ahad baru ni, habislah cuti abah dan kini abah dah pun berada di Kelantan. Hilang rindu bila dengar suara abah yang sekarang ni bertugas petang pulak. Ok, jumpa lagi ye.

Khamis, 1 Oktober 2009

BERAYA BERSAMA ABAH DAN MAK




Syukur, Alhamdulillah, dapat juga abah bercuti beraya bersama Pu3 dan mak. Raya baru2 ni Pu3, abah dan mak balik kg. Raya pertama beraya di rumah wan di Kg mak. Pu3 seronok sangat sebab abah ada beli kasut dan baju raya di Kelantan. Hari raya ramai yang kasi duit raya kat Pu3. Terima kasihlah kepada saudara mara, sepupu, mak saudara, pak saudara dan semua yang kasi duit raya kat Pu3.

Rabu, 9 September 2009

ABAH KAT KONTI MANIS FM


Baru2 ni abah cuti seminggu kat umah. Bestnya dapat makan buka puasa sama abah walaupun Pu3 tak puasa. Mak la paling seronok abah cuti lama. Masa tu pulak KakNgah pun ada datang tidor sini. Abah bawa pergi bandar Kuantan beli baju sikit2 untuk raya. Cukup seminggu, abah balik ke Kelantan semula....uwaaaa...sepi la semula. Tapi, malamnya tu dapat gak dengar suara abah kat radio....hampir tiap2 kali abah keluar radio, mesti ada lagu Farhana Pu3 tu...bestkan lagu tu....Abah kata nak dekat raya nanti dia balik cuti tapi tak tahu brape hari cuti. Harap2 lama la...Abah ada kirim gambar dia kat konti masa dia sedang bertugas seperti kat atas tu...

Isnin, 17 Ogos 2009

ABAH TAMAT CUTI DAN SAMBUT PUASA KAT KELANTAN

Hari Ahad semalam abah Pu3 dah bertolak balik ke Kelantan untuk sambung kursus. Abah bertolak pagi tapi Pu3 dah bangun awal lagi sebab nak peluk dan cium abah sebelum abah pergi sana. Tak lama lagi puasa, Pu3 nanti sambut puasa sama mak jer. Tak pernah rasa cam ni, tapi Pu3 lebih sedih fikir abah sambut puasa kat sana sorang2. Camne lah agaknyer yer.

Cuma, kadang2 Pu3 dan mak hilang rasa rindu sikit bila abah bertugas kat radio tu. Baru2 ni 3 malam terus menerus abah bertugas dari jam 1200 mlm hingga 0600 pagi. Mak sampai lewat tido dengar abah berceloteh. Kakngah pun siap kirim ucapan dan lagu lagi masa abah bertugas. Harap2 abah ok kat sana. Doakan sama2 yer...

Jumaat, 14 Ogos 2009

ABAH PU3 BALIK DAH!!

Petang tadi abah Pu3 balik Kuantan. Bestnyer...lepas rindu. Dua tiga mlm lepas dpt dengar suara abah je kat radio. Abah beli beg sekolah untuk Pu3....Tak sabar nak pergi sekolah. Ahad ni abah balik semula ke Kelantan. Uwaaa.....uwaaaa......Org KL tak dtg2 pun sini temankan Pu3...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Abah Selamat Di Sana

Abah sekarang berada di Kelantan. Pu3 rindu kat abah, abah pun mesti rindu kat Pu3 dan mak. Semalam Pu3 demam, nasib baik wan Pu3 ada. Demam rindu kat abah. Abah tak dpt balik minggu ni. Cuma itu hari dapat juga dengar suara abah kat radio. Abah pun ada tuju lagu buat mak dan Pu3 di sini. Mak dapat la dengar masa abah ke udara masa tu. Abah kata, kalau tak ada apa2, minggu depan abah balik lah. Sekarang ni abah sibuk buat kertas kerja penyiaran. Tengok lah nanti, bila semua dah ok abah akan bertugas sepenuh masa pulak. Lagi la sibuk nanti. Takpe lah, asal abah selamat sudah lah.

Lagi satu, abah kata dia kena ikat perut kat sini. Maklumlah duduk tempat orang kena banyak berjimat. Biar tak makan, asal dpt rokok abah kata. Hmmm...bila ntah abah nk berhenti merokok tu....ok, sini dulu yer. Kalau ada berita terbaru dari abah, Pu3 akan sampaikan. Salam semua.

Ahad, 26 Julai 2009

ABAH PU3 DAH KE KELANTAN...UWAAAAAA...!!

Pagi tadi abah Pu3 dah pun bertolak ke Kota Bharu, Kelantan lebih kurang jam 1030 pagi. Dia pergi naik kereta dia sama kawan dia katanya. Abah kena pergi berkursus kat stesyen radio Manis Fm (Radio Pantai Timur) lebih kurang 3 - 6 bulan. Abah kata, dia mungkin 3 bulan je kat sana, lepas tu dia nak mintak sambung kat Pahang FM pulak kat Kuantan.

Harap2 abah dpt balik ke Kuantan cepat. Kelantan tu jauh kalau abah nak berulang sebulan sekali. Pu3 tentu rindu kat abah, abah pun sama la tu. Sekarang kat umah Pu3 Wan jerang ada temankan mak. Harap2 wan lama la dok sini. Tadi abah ada cll Pu3, dia kata kul 5 lebih abah dah sampai Kota Bharu. Takpelah, sama2lah doakan abah ok kat sana, selamat balik Kuantan jumpa Pu3. Sepupu2 kat KL tu dtg2 la jenguk Pu3, abah takde ni tak la terasa sangat Pu3 kat sini. Datang la yer.....sekian dulu...babaiiii...muahhhhhssss...cup...cup...

Khamis, 23 Julai 2009

HABIS CUTI PU3 DAH KAT KG!!

Puas dok kg la. Musim buah plak tu. Mak Cik Bangi ngan sepupu2 Pu3 ada balik gak, tapi tak dpt jumpa lama pasal Mak Cik cuti hujung minggu je. Sempat la jumpa Afiq Hakim ngan Arif kat umah wan. Ptg nanti Pu3 dah kena balik Kuantan. Wan ada ikut balik sama Pu3. Sekarang ni Pu3 tido umah tok kat Spg Durian. Lepas ni tak tau la bila boleh balik kg sebab abah Pu3 kena pegi kursus jauh kat Kelantan, Harapkan sepupu2 Pu3 yg ramai tu la kot2 nak dtg jengok Pu3 kat Kuantan. Datang la ye....sian Pu3.

Jumaat, 17 Julai 2009

PU3 BALIK KG LAH!!

Petang jap lagi Pu3 nak balik kg. Dah lama tak balik. Lepas ni entah bila la dapat balik sebab abah Pu3 kena pegi kursus kat Kelantan. Tapi bukan kat Manek Urai la. Sepupu2 Pu3 semua tak balik ke? Dengar cerita Afiq Hakim ngan kak Nana Bangi nak balik gak, tapi tak tau la jadi ke tak. Abah rindu kat bibik tu....ehehehe.....bisa diatur dong....itu kan gampang....bibik `butuh' juga balik kg ni...
hehehe...butuh???

Isnin, 13 Julai 2009

GAMBAR SEPUPU PUT3 KAT BANGI





Lama tul Pu3 mintak gambar2 sepupu2 kat Bangi baru dapat ni. Sebelum tu nak citer,semalam Pu3 jumpa kakngah kat Kipsas siap abah bawa dia jalan2 Kuantan. Pu3 main kat tempat main kat Parkson. Pastu hantar kakngah balik Kipsas. Mak bekalkan kakngah bubur durian ngan rambutan. Sini puas makan durian orang kasi, siap pegi dusun lagi. Sehari dua ni Pu3 mungkin balik Kg sebab ada kenduri umah wan kat Jerang. Ok, kat bawah ni citer dari makcik Bangi tentang gambar2 sepupu Pu3 tu. Kalau ada gambar terbaru kasi lagi la ye, Makcik. Email makcik ni...

Pu3...
Ini mama arif bagi gambar arif ngan family (terkini) ..masuk blog tau..tapi gambar bibik arif tak de..cebab takuk abah Pu3 tengok tak lena tidur...
-gambar arif ngan family (ada belon) itu masa sukan abang afik semalam..syok tengok abang menari pegang bendera..
-gambar lain-lain adalah masa kat Hotel..masa tu mama balik terengganu kat Sutera beach Resort...
www.usim.edu.my

Jumaat, 10 Julai 2009

Pu3 DAPAT EMAIL DARI MAKCIK BANGI


Sebelum tu Pu3 nk bgtahu, Pu3 baru jer kena demam. Demam buah dian la. Sini ada la kawan2 Pu3 kasi buah dian. Pastu abah dan mak plak kena. Skrg ni Pu3 dah ok dah. Pu3 risau ni pasa abah mungkin kena pergi kursus kat Kelantan selama 3 bulan sebelum abah pencen. Abah kata kursus kat stesen radio Manis Fm. Radio pantai timur tu. Kursus komunikasi dan DJ radio. Pas 3 bulan mungkin pindah kat Pahang FM pulak 3 bulan lagi. Tak tau la camne abah takde nnti nih.

Haaa...baru tadi Pu3 dpt email dari MakCik bangi...Ni email dia Pu3 copy kat sini...sama2 baca yer...tengok hebat tak hebat Afiq tu...

wahh..bukan main lagi blog PU3 yee..
bukan afiq tak nak singgah kuantan..tapi yang pasti tiap kali balik ganu, pu3 mesti ada spg diyan..hari tu gitu jugak lah..tak ingat? balik ganu tu setahun 2 kali aje..satu masa nak cuti-cuti..satu lagi masa nak raya...
ingat nak balik kampung minggu ni pun tak dapat..pertama, kakak nina masuk kuiz arab (sabtu), abah ada kelas (sabtu) sampai jam 7.00..tak per lah kan..kira plan balik malam tu..tapii..esoknya hari ahad...kak nina dan abang afik terima pingat taekwando tali pinggang kuninng..ha, pu3 jangan tak tau,ingat tak lepas sebab abang afiq tu siap menguap-nguap lagi masa tengah test...sifu tu asik pandang dia macam nak telan jer...
www.usim.edu.my

Ahad, 5 Julai 2009

Mak Long datang


Mak Long serta rombongan dr Bahau ada datang umah ni...sampai dah malam. Tapi Pu3 tunggu gak la. Sampai2 je dia orang makan durian ada kawan abah kasi tadi. Dapat gak lepas rindu kat Ojan. Malam ni Ojan tido sini. Esok pagi Ahad dia orang hantar kak ngah pegi Kipsas, pastu terus balik Bahau pulak. Isnin plak Mak Long kata nak hantar Bang Teh pegi Melaka tempat dia nak blajar tu. Ermmm..sian Pak Long letih tu, dah la nak hantar Mak Yong lagi esok petang. Tunggu Afik Haqem ngan Ariff ntah bila2 nk sampai. Dengar khabar selalu gak balik ganu, tak singgah pun....abah kata dia pun rindu kat bibik...ehehehe...

Jumaat, 3 Julai 2009

MAK LONG NAK DATANG


Esok mungkin Mak Long nak dtg umah Pu3 sebab nak hantar kak ngah balik Kipsas. Mak long kata datang kejap je pasal ada hal. Maklumlah Pu3 tu orang kuat keris kat Bahau tu, bakal jadi YB Bahau nanti. Org KL takde niat ke nak datang sini? Asik2 org kontan je dtg. Terutama Hazeeq tu sejak dr perut tak pernah nak dtg. Minggu ni Pu3 tak dpt balik kg lagi pasal Mak long nak dtg umah. Ok lah...Pu3 nak tido nih.

Ahad, 28 Jun 2009

Ronda-ronda kuantan

Minggu ni Pu3 tak balik kg lagi. Petang Sabtu Pu3 ajak abah pegi jalan-jalan bandar Kuantan. Pu3 pegi teman mak beli baju kat Kuantan Parade, lepas tu mak bawak Pu3 main-main kat tempat permainan kat Parkson. Puas betul main, kopak lagi duit abah. Sempat pulak tu abah masuk dalam kotak karaoke kat situ nyanyi dua tiga lagu. Balik dari Kuantan, Pu3 pegi makan pulak. Lapar giler. Balik-balik je letih sangat...tidor.


Ni gambar masa mak Acap Kabul belanja bawa jalan2 naik LRT kat KL

Khamis, 25 Jun 2009

Puas tunggu gambar budak2 nakal bangi niii....

Ni gambar Pu3 ngan abah, mak kat Muzium Adat di Jelebu, K.Klawang. Nanti time cuti kita ramai2 g sana nak? Tak bayar pun masuk...byk yg menarik kat situ...


Pu3 dok tanya mana dia gambar2 beradik dia yg kat bangi tu?? Email la gambar Afif..Arip..Afiq Hakim dan Afrina...Pu3nak komen sikit nanti...nak kutuk sikit...Abah pulak mintak gambar Bibik dia je... Nanti abah nak g bangi tapi orang bangi kena la banjer makan..bukan makan kat umah...tak main laaa....

Rabu, 24 Jun 2009

MUSIM DURIAN WEHH

sape kata pu3 bukan orang politik??? Tengok abah la dulu kawan...Ni gambar pu3 sama mak dan YB Fauziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan. Jgn jeles arrr Hazeeq....

Dua tiga hari lepas puas pu3 makan durian. Tak balik kg makan sini je la. Nak harapkan org Perak nun bawak durian dan tempoyak...ermmm...ntah la....sejak dari dlm perut lg si Hazeeq tu tak mai2 kontan....cam sibuk benor papa dia tuhhh.....

nak kata sibuk tak jugak...siap makan macam2 pu3 tengok kat umah tu...bawak le sini apa salahnyer... ermmm...tak lama lagi dengar citer hazeeq nak pindah umah kat Ceras yer. Hahhh!! siap le dok umah pengasuh baru....puas le ko nangis nanti....padan muka!!

Rabu, 17 Jun 2009

PERGI PASAR MALAM

Ni gambar pu3 kat Putrajaya....

Ni nak pegi pasar malam beli ayam goreng utk abah. Naik moto sama mak je. Abah malas pegi. Abah nak tido je petang2 ni....

Selasa, 16 Jun 2009

PU3 meragam hari ni

Ni masa kat zoo baru2 ni....kopak duit pakcek Kbat banjer pu3 dan semua makan aiskrim...lain kali banjer lg yer pakceekk...

Dah lama cuti kat kg, dia dah rindu plak kat wan dia bila balik sini. Bangun tido meragam tak tentu pasal sampai mengigau2 masa tido sebut nama wan dia. Wan dia tu manja sgt kat dia...tu yg terlebih2 tu. Wahhh...pu3 terperanjat tgk Aniq pun dh ade blog rupanyer.....canteek la camni...bleh tukar2 gambar kan...ok..la..nk tdo dulu..sok nk meragam lagikk..

Isnin, 15 Jun 2009

PU3 DAH BALIK KONTAN PUN..

Ni gambar masa besday Pu3 yang terbaru...yang ke 3 tahun. Gambar sama kaum keluarga.


Tadi Pu3 baru sampai kontan. Letih sangat dlmkete tido jer. Sampai umah terjaga plak, tak leh tido. Apa lagi....mak pukul laaa....tak sakit pun. Siang tadi kat kg umah wan puas makan durian, sampai umah tok mat makan durian lagi...bestt...rugi azeeq ngan acap kabol tak balik kg...Ok la...nak tido...mak berleter tu....

Ahad, 14 Jun 2009

JAP LAGI PU3 BALIK KONTAN..

Ni masih kat kg lagi nih..ptg kang Pu3 balik kontan. Terliur gak tgk Hazeeq tu makan spegheti..isshh..nk eja pun susah arr..tp pu3 lagi suka makan kodok ngan lempeng jer...Hazeeq tu time kita g umah dia tak nak plak mama dia wat spegheti...wat tak gheti ade laarr...ehehee...tapi best tau mkn umah hazeeq...nasib baik abah pu3 tgk nasi dah kurang dlm mangkuk tambah tu...kalau tak..ermmmm....lagi pun abah kata sian kat mak takut mak tak dpt tambah plak...ok jmpa lg yer..bye sumer..

Sabtu, 13 Jun 2009

Musuhh Ketat Pu3 Nihhh...


Haaa..ni plak..musuh ketat pu3...Acap Kabolll....pelik kan nama dia? Dia tu kalau kat umah dia...blagak betul...siap ejek2 orang tapi pelat...dia selalu cakap `Taik jamballl'.....hehehe,,,,terukkan..??

ELeehh...Eksennnnyer..

Tengok le dahi dia tu....sombong...berlagakkkk....

Ni lah yg Pu3 selalu citer...Nama dia Hazeeqqqqq.. comel mmg la comel..ermmm..maklumlah bapak saudara dia pun ensem iaitu ayah Pu3 lah...bapa Hazeeq tak ensem sgt pun..Ntah bila2 Hazeeq tu nk datang Kontan...masa dlm perut lagi tak pernah dtg...Kita ntah bape kali dah dtg umah dia.....tak adillahhh...

Jumaat, 12 Jun 2009

ESOK AMBIK PU3 YEAHHHHHH...

Tadi Pu3 tipon, dia kata nak balik kontan. Dah lama tak tengok kartun mickey dia kata. Kat Kg wan dia mane ade astro. Esok abah ambik dia balik la, insyaAllah. Hazeeq tentu tak balik tu esok...gamaknyer ade lagi la kenduri kat kl tuh. Gamaknye teman rasa semua yg ada kat kl tu sedara mara dia blaka kot....tu pasal tiap2 minggu ade je kenduri. Bapak Hazeeq tu pun satu, asik main badminton jer...kot terer cam abah Pu3 ok la jugak....ok la...nanti sambung...Pu3 nak call abah lagi nihh...byee...jap..jap...lawa tak mickey kat atas tuh??? Hazeeq mane ade....yeaaaa

Khamis, 11 Jun 2009

TAK BOLEH JADI NIII...HAZEQQQQ

Sakit tol hati tengok Hazeeq tu pakai baju Chelsea....Takpe, nanti abah belikan Pu3 baju MU yer...nanti abah beli yer...(pinjam kata2 Ajoi). Kat Kontan ni bersepah baju MU tapi tak nak la beli yg local cam Hazeeq pakai tu nanti berkurap plak badan Pu3.....muehehee.....

Rabu, 10 Jun 2009

PU3 TINGGAL KG


Aku boring plak ptg2 ni. Bini kat kg sama anak tersayang aku Pu3. Rindunyer kat dia. Mlm tadi dah cll dia kat kg tapi tak dpt ckp lama. Entah apa dia buat kat kg tu tak tau la....agaknyer asyik kacau wan (atok pompuan) dia la tu. Takpe, insyaAllah, hujung minggu ni abah balik la ambik Pu3 yer.

Ahad, 7 Jun 2009

Balik kg

Hari kita kat kampong Spg Dian. Ramai kawan2 la. Afiq Hakim, Acap Kabol semua la ada. Ojan pun ada. Haziq je takde, g mkn kenduri plak kat kl. Afiq Hakim ptg ni dh balik ke ganu. Itu jer la. Ngantok la, nk tido nih.

Khamis, 4 Jun 2009

peristiwa tadi

Baru sebentar tadi Pu3 pergi jengok orang buat persiapan kawen kat umah kat2 sini. Kenduri hari Sabtu. Tadi takde makan la...balik jer dia makan kat umah.

SALAM KAWAN2....

Hello kawan2....nama saya pu3.....saya suka main kucing. Ini masa umur saya 2 tahun dulu. Abah saya suka main hantu....mak saya suka makan jer....ok...nnti cerita lain plak.
Terdapat ralat dalam alat ini