Album Terkini

Sabtu, 29 Mei 2010

JERAM TOI, JELEBU.....BESTNYA..


PU3 bergambar bersama mak dan abah. Perkelahan ini sebenarnya sudah lama, tapi gambar ni baru nak disiarkan pasal abah PU3 sibuk hendak pencen masa tu....malas pun yer gak!!




PU3 bersama sepupu anak Mak Long Port Dickson, nama dia Asmawi Shafiq. Bestnya mandi...

Sekitar gambar sewaktu berkelah di Jeram Toi, kawasan perkelahan air terjun yang cantik. Jeram Toi terletak beberapa Kilometer sahaja menuju ke Kuala Klawang, Jelebu jika anda melalui jalan dari Seremban ke Kuala Klawang.

Perkelahan Pu3 bersama sepupu-sepupunya dari Port Dickson. Air yang begitu sejuk dan menyegarkan dan kemudahan tempat permainan kanak-kanak sesuai untuk perkelahan keluarga. Bagi orang dewasa juga disediakan kawasan yang berhampiran untuk mandian kanak-kanak. Terdapat juga pondok-pondok berehat yang bersih dan sempurna. Datanglah ke Jelebu.

Jumaat, 28 Mei 2010

ABAH BERSARA 20 FEB 2010

TERLALU lama juga blog ini PU3 tidak kemaskini. Abah sibuk semenjak bersara pada 20 Feb 2010 ni. Maklumlah nak bawa PU3 jalan2 makan angin merata-rata. Pergi KL, Melaka, Port Dickson kemudiannya balik kampung pula. Abah pula sibuk nak uruskan Kad Pengenalan Awam dia yang terlalu lama tak siap-siap. Alhamdulillah, awal bulan Mei itu hari baru siap.

Sekarang ni, PU3 sudah berada di rumah Pu3 kat Kuantan. Abah masih menganggor berpencen. Tak tahulah abah nak kerja apa lepas ni. Lepak rumah jaga PU3 pun ok gak. Pencen abah pun 3 bulan dulu tak dapat2, baru bulan ni dapat. Nasib baik lah, kalau tak PU3 kena berhenti minum susu la....ok, laaa...nanti PU3 sambung balik yer...PU3 nak tido, esok PU3 nak bangun awal main motor...ehehehehe....