Album Terkini

Isnin, 17 Ogos 2009

ABAH TAMAT CUTI DAN SAMBUT PUASA KAT KELANTAN

Hari Ahad semalam abah Pu3 dah bertolak balik ke Kelantan untuk sambung kursus. Abah bertolak pagi tapi Pu3 dah bangun awal lagi sebab nak peluk dan cium abah sebelum abah pergi sana. Tak lama lagi puasa, Pu3 nanti sambut puasa sama mak jer. Tak pernah rasa cam ni, tapi Pu3 lebih sedih fikir abah sambut puasa kat sana sorang2. Camne lah agaknyer yer.

Cuma, kadang2 Pu3 dan mak hilang rasa rindu sikit bila abah bertugas kat radio tu. Baru2 ni 3 malam terus menerus abah bertugas dari jam 1200 mlm hingga 0600 pagi. Mak sampai lewat tido dengar abah berceloteh. Kakngah pun siap kirim ucapan dan lagu lagi masa abah bertugas. Harap2 abah ok kat sana. Doakan sama2 yer...

Jumaat, 14 Ogos 2009

ABAH PU3 BALIK DAH!!

Petang tadi abah Pu3 balik Kuantan. Bestnyer...lepas rindu. Dua tiga mlm lepas dpt dengar suara abah je kat radio. Abah beli beg sekolah untuk Pu3....Tak sabar nak pergi sekolah. Ahad ni abah balik semula ke Kelantan. Uwaaa.....uwaaaa......Org KL tak dtg2 pun sini temankan Pu3...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Abah Selamat Di Sana

Abah sekarang berada di Kelantan. Pu3 rindu kat abah, abah pun mesti rindu kat Pu3 dan mak. Semalam Pu3 demam, nasib baik wan Pu3 ada. Demam rindu kat abah. Abah tak dpt balik minggu ni. Cuma itu hari dapat juga dengar suara abah kat radio. Abah pun ada tuju lagu buat mak dan Pu3 di sini. Mak dapat la dengar masa abah ke udara masa tu. Abah kata, kalau tak ada apa2, minggu depan abah balik lah. Sekarang ni abah sibuk buat kertas kerja penyiaran. Tengok lah nanti, bila semua dah ok abah akan bertugas sepenuh masa pulak. Lagi la sibuk nanti. Takpe lah, asal abah selamat sudah lah.

Lagi satu, abah kata dia kena ikat perut kat sini. Maklumlah duduk tempat orang kena banyak berjimat. Biar tak makan, asal dpt rokok abah kata. Hmmm...bila ntah abah nk berhenti merokok tu....ok, sini dulu yer. Kalau ada berita terbaru dari abah, Pu3 akan sampaikan. Salam semua.