Album Terkini

Sabtu, 1 Ogos 2009

Abah Selamat Di Sana

Abah sekarang berada di Kelantan. Pu3 rindu kat abah, abah pun mesti rindu kat Pu3 dan mak. Semalam Pu3 demam, nasib baik wan Pu3 ada. Demam rindu kat abah. Abah tak dpt balik minggu ni. Cuma itu hari dapat juga dengar suara abah kat radio. Abah pun ada tuju lagu buat mak dan Pu3 di sini. Mak dapat la dengar masa abah ke udara masa tu. Abah kata, kalau tak ada apa2, minggu depan abah balik lah. Sekarang ni abah sibuk buat kertas kerja penyiaran. Tengok lah nanti, bila semua dah ok abah akan bertugas sepenuh masa pulak. Lagi la sibuk nanti. Takpe lah, asal abah selamat sudah lah.

Lagi satu, abah kata dia kena ikat perut kat sini. Maklumlah duduk tempat orang kena banyak berjimat. Biar tak makan, asal dpt rokok abah kata. Hmmm...bila ntah abah nk berhenti merokok tu....ok, sini dulu yer. Kalau ada berita terbaru dari abah, Pu3 akan sampaikan. Salam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan