Album Terkini

Selasa, 27 Julai 2010

NISFU SYAABAN - APA KATA TOK CHA ?

SOHIBUL HIKAYAT, Pertamanya, PU3 sedih tak dapat tengok sepupu2 Bangi yang katanya adik balik rumah Tok Mah. Masa dia orang sampai, PU3 dah balik ke rumah wan kat kampung. Dekat je, tapi tak dapat jumpa gak.

Sekarang Pu3 dah kat kampung wan. Malam tadi sambut Nisfu Syaaban. Gambar atas tu, Tok Cha (Tok Mat) sedang jamu selera dalam masjid selepas majlis sambutan tu. Tok Mat kata, Nisfu Syaaban ni amat penting dan beruntung jika kita sambut. Ibadatya mudah je, baca Surah Yaasin sebanyak 3 kali. Kali pertama, lepas baca kita berdoalah apa2 pun. Begitulah setiap kali sehingga selesai bacaan Surah Yaasin 3 kali.

Di antara doa2 yg baik kita pohon adalah seperti diminta panjangkan usia serta diberkati usia untuk membuat amalan2 yg baik. Kita boleh minta dimurahkan rezeki kita. Paling penting, mohon keampunan Allah dan ditetapkan iman. Dan ,minta doa apa jua yg kita hajati. InsyaAllah.
Foto jemaah Masjid Jerang (kampung wan Pu3) sedang menikmati juadah selepas Bacaan Yaasin Nisfu Syaaban.


Sekian dulu dari PU3. Jumpa lagi ye.

p/s = Untuk Mak Cik, best arrr hadiah Mak Cik kat umah Tok Cha tu...PU3 dah try dah..ehehhh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan