Album Terkini

Sabtu, 3 Julai 2010

DIJEMPUT KE MAJLIS HUT ADIK ILHAM

Hari Jumaat 01 Jul 2010, anak Cik Shima yang bongsu adik Ilham menyambut Hari Ulang Tahunnya yang kedua. Keluarga PU3 dijemput datang pada majlis yang akan dibuat sebelah malam. Mak pun sibuk tolong gorengkan mee hoon untuk makan malam tu. Gambar atas tu, PU3 dengan hadiah untuk diberikan kepada adik Ilham. Apa hadiahnya yer? Rahsiaaa....

Inilah sebahagian daripada makanan yang disediakan malam tu. Ada juga beg kecil berisi makanan dan mainan untuk budak-budak.

Ini gambar adik Ilham disamping papa dia semasa upacara memotong kek..PU3 sempat gak menyibuk kat sebelah tu..


Tengok ni....PU3 pun ada kamera gak nak ambil gambar masa tu...

Lepas tu, kita orang pun makan ramai-ramai...besttt....

Tengok la muka abah PU3 tu....pandai plak buat muka kesian pasal tak dapat makan lagi...Tu gambar acik Mariam dengan hubby dia Pak Cik Fadzil dan anak dia Damia. Anak dia sorang lagi tu namanya Nawfal atau `Meme' tak tau merayap mana ntah....

Ok lah...ni jer sempat Pu3 cerita. Nak banyak cerita masuklah blog Mak Cik Fauriah tu...dia hari2 ada cerita...maklumlah baru belajar buat blog...gila blog la tu....ok...byeee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan