Album Terkini

Ahad, 22 Ogos 2010

DOA PU3 DAN KELUARGA BUAT AKAK AFRINA DAN ABG AFIQ...

PU3 baru2 ni ada menerima berita kurang enak tentang sepupu PU3 di Bangi. Mak Cik cakap anak dia Afiq Hakim dan Kak Afrina kena demam yang terpaksa di kuarintin. Tentu Mak Cik sekarang sedang bersedih, tambahan pula Pak Cik suaminya kini berada di Argentina. Dengar ceritanya Isnin atau Selasa baru Pak Cik dapat flight balik.

PU3 dapat tahu juga, Tok Mah dan Tok Mat akan ke KL hari ini untuk menemani Mak Cik. InsyaAllah, jika sepupu2 PU3 masih ditahad di wad, PU3 akan datang Bangi nanti. Dari jauh, PU3, abah dan mak sentiasa doakan agar Akak Afrina dan Abg Afiq cepat semboh dan dapat beraya dengan PU3 nanti.

Buat Mak Cik tu, banyakkan bersabar ye. Di Bulan Ramadhan ni tentu ada hikmahnya bila Mak Cik mendapat dugaan dari Allah. Berdoalah kita sama2 agar kedua2 sepupu PU3 tu sihat walafiat. PU3, mak dan abah turut bersedih di atas apa yang menimpa Mak Cik. Namun, abah PU3 kata Mak Cik tu kuat semangat dan pastinya anak2 dia juga kuat semangat.

" YA ALLAH, AKU MEMOHON PADAMU DENGAN KUDRAT DAN IRODAHMU, KURNIAKAN LAH KESIHATAN YANG BAIK BUAT SEPUPUKU AKAK AFRINA DAN ABG AFIQ. KURNIAKAN LAH KETABAHAN BUAT AYAH DAN IBUNYA SERTA KELUARGANYA MENGHADAPI DUGAAN DARI MU" AMIN...YA RABBUL ALAMIN...."

1 ulasan:

  1. Masa Afiq & Afreena Checkup Kat Hospital Pakar KPJ kajang, Pakcik ada tanya tanda2 penyakit Influenza A & Influenza B. So, kongsi utk pengetahuan dan tindakan segera.

    1. Demam panas secara mendadak. kemungkinan suhu panas badan terus naik kepada 39 -40c.
    2. Selesema
    3. Batuk
    4. Cirit Birit
    5. Hilang Selera Makan
    6. Muntah2

    Kalau semua tanda ni ada, lebih baik segera bawa anak ke klinik dan dapatkan ujian darah dgn segera. Sebab dapat rawatan awal lebih elok.

    BalasPadam