Album Terkini

Khamis, 26 Ogos 2010

PU3 SHOPPING BAJU RAYA


Mak sibuk mencuba pakaian untuk Pu3...

Mula2 PU3 nak ucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sepupu PU3, akak Afrina dan adik Afiq Hakim telah sembuh dari demam dan telah pun keluar dari hospital. Selamat pulang ke tanahair juga buat Pak Cik Bangi iaitu bapa akak Afrina dan adik Afiq yang baru pulang dari Argentina. Malas la PU3 nak tanya ada ke tak present untuk PU3...hehehe....lagi pun PU3 faham Pak Cik tergesa2 balik kerana anaknya demam kuat masa tu.

Baru2 ni abah dan mak bawa PU3 pergi shopping baju raya kat Kuantan. Mak kata kena beli awal takut dekat nak raya nanti orang tentu ramai membeli belah. Ada juga baju yang mak jahit sendiri dan ada juga yang beli. Bukanlah banyak pun abah beli baju raya sama seperti tahun2 lepas juga. Abah masih tak beli baju raya untuk dia. Mak dah ada kot, sebab selalu nampak mak menjahit.

Ok lah, setakat ni dulu cerita dari PU3. Lepas ni tak ada lagi nak pergi shopping maklumlah abah pun dah pencen. Kena berjimat, kata abah. Ok...jumpa lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan