
Album Terkini
Isnin, 28 Jun 2010
PU3 DI JOM HEBOH KUANTAN HARI INI
Rabu, 23 Jun 2010
PERTUNANGAN PAKSU PU3, ATOK MASUK HOSPITAL
PU3 MELAWAT ATOK DI HOSPITAL KL
Sepanjang melawat atok di HKL, PU3 tinggal di rumah Pak Lang (ayah Acap Kabol) di Ceras. PU3 pergi juga ke rumah Pak Ngah (abang mak) di Kajang. Lepas pembedahan selesai, atok dibawa ke PD rumah Mak Long (mak Mawi Shafiq). Wan pun ada sekali. PU3 pun terus ke PD lepas tu, duduk di sana dan balik ke Kuantan pada 22 Jun 2010.
Itu jer dulu. Ada lain cerita, PU3 ceritalah./
Itu jer dulu. Ada lain cerita, PU3 ceritalah./
Khamis, 3 Jun 2010
PU3 SELAMAT SAMPAI KAMPUNG...
PU3 sekarang dah ada kat kampung. Bertolak lebih kurang pukul 9 mlm dari Kuantan. Berhenti makan kat Serting pulak. PU3 tak makan sebab PU3 tidak sihat sikit kerana batuk-batuk. Mak dengan abah je makan. Sampai kampung wan PU3 kat Jerang lebih kurang pukul 1.00 pagi. Ok..sampai sini dulu yer....nanti sambung la...
Rabu, 2 Jun 2010
STAIL BARU, HARIJADI PU3, HARI IBU DAN KFC
Awal mula PU3 nak berlagak sikit ye. PU3 sekarang ni dah ubah stail atau penampilan. Asyik2 mak je yang pergi saloon rambut, PU3 nak juga merasa. Lihat atas tu, stail rambut PU3 dari belakang. Cantik tak? Akak Nina ngan kak Mardhiah tak jeles ke..?
Abah kata dia nak buat masa Majlis Kenduri Kesyukuran pertunangan Pak Su kat Jerang pada hari Jumaat 04 Jun 2010 malam Sabtu. Pak Su bertunang hari Sabtu 05 Jun 2010. Apa pun abah pandai pujuk PU3, dia dah siap2 belikan PU3 hadiah Hari Ulang Tahun PU3. Abah hadiahkan motor guna bateri. Tengoklah, PU3 bergaya sakan dengan motor tu. PU3 suka motor ni, PU3 cakap kat mak motor PU3 sama dengan motor Tok-Tok Cha (Tok Mat) la...
Inilah kek Hari Ibu. PU3 sambut ramai-ramai kat rumah Mak Long di Bahau. Kek tu dia orang kongsi dengar ceritanya. Abah kata memang dia nak beli kek tu buat mak, tapi memandangkan kalau makan kek nanti berat badan mak naik, jadi abah tak jadi la belikan kek. Itu kata abah la...hehehe....alasan abah la tu kot.
Ok lah. Sebelum PU3 nak tido, PU3 jemputlah semua adik beradik abah dengan keluarga masing2 datang ke Majlis Kesyukuran Pertunangan Pak Su nanti beserta dengan Hari Ulang Tahun PU3 malam Sabtu nanti ye. Jangan tak datang ye....
Akhir sekali, Selamat Melangsungkan Pertunangan Buat Pak Su tersayang.....
Ok lah. Sebelum PU3 nak tido, PU3 jemputlah semua adik beradik abah dengan keluarga masing2 datang ke Majlis Kesyukuran Pertunangan Pak Su nanti beserta dengan Hari Ulang Tahun PU3 malam Sabtu nanti ye. Jangan tak datang ye....
Akhir sekali, Selamat Melangsungkan Pertunangan Buat Pak Su tersayang.....
Langgan:
Catatan (Atom)